22 October 2011
15 October 2011
TEACH FOR MALAYSIA
Bertempat di Dewan Mutiara, SMK Tengku Idrish, Kapar , satu taklimat TEACH FOR MALAYSIA anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan. Penasihat Pendidikan Khazanah Nasional dan Penasihat Teach For Malaysia, Dato' Hajah Noor Rezan Bt Bapoo Hashim telah hadir memeriahkan majlis yang disertai 3 buah sekolah yang terpilih bagi daerah Klang iaitu SMK Rantau Panjang, SMK Tengku Idrish Shah dan SMK Pendamaran Jaya.
Bersama Fellow TFM, Fredy Chan dan Chew Pei Jing
Tiga fellow akan ditempatkan di SMKRP selama dua tahun 2012-2013. Bagaimanapun hanya dua dari fellow ada bersama dalam majlis itu iaitu Fredy Chan (untuk subjek matematik) dan Chew Pei Jing (untuk subjek Sains). Seorang lagi fellow ialah untuk subjek bahasa inggeris.
Tiga guru juga telah dipilih dan telah dilatih di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland menjadi mentor. Pn Hjh Kamsiah (mentor Sains), Pn Rusilawati (mentor Matematik) dan Pn Umadevi (mentor Bahasa Inggeris).
SMKRP mengucapkan selamat datang dan syabas kepada Fredy dan Chew. Selamat bertugas dan menjadi warga SMKRP.
16 July 2011
PERTANDINGAN REKA KULIT MAJALAH SINAR 2011
Pelajar SMKRP dijemput menyertai pertandingan reka kulit majalah sinar 2011.
Syarat-syarat Pertandingan:
Mengandungi perkataan SINAR, 2010, Jilid 13, SMK Rantau Panjang, Klang.
Ada lencana sekolah.
Bentuk Potrait. (bentuk landscape -tidak diterima).
Ukuran majalah adalah sebagaimana majalah sinar 2010.
Warna tema - biru hitam putih kuning (seperti warna lencana).
Pelajar boleh menghantar lebih daripada satu rekaan.
Bagaimanapun pelajar hanya layak menang satu daripada 3 hadiah yang disediakan.
Pertama : RM200 dan sijil
Kedua : RM150 dan sijil
Ketiga : RM100 dan sijil
Tarikh tutup : 1 Oktober 2011
Serah kepada: Puan Rusilawati Bt Mohd Salleh
Serah dalam bentuk softcopy dalam fail .psd (adobe photoshop) dlm CD atau Thumbdrive. Gambar yang diterima mungkin akan diarah untuk dimurnikan sehingga dapat gambar yang memuaskan.
Sertakan gambar sendiri berasingan untuk rekod fail (bersama softcopy kulit majalah).
Sila rujuk kulit majalah SINAR yang pernah diterbitkan.
![]()
![]()
![]()
Kelab fotografi telah berjaya menganjurkan pertandingan selama 4 tahun iaitu tahun 2006 - 2007 dan 2009-2010. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan dikekalkan di masa akan datang. Pihak urus setia kelab fotografi dan majalah Sinar berbangga dengan usaha gigih pelajar yang berjaya menghasilkan karya kreatif mereka.
Syarat-syarat Pertandingan:
Mengandungi perkataan SINAR, 2010, Jilid 13, SMK Rantau Panjang, Klang.
Ada lencana sekolah.
Bentuk Potrait. (bentuk landscape -tidak diterima).
Ukuran majalah adalah sebagaimana majalah sinar 2010.
Warna tema - biru hitam putih kuning (seperti warna lencana).
Pelajar boleh menghantar lebih daripada satu rekaan.
Bagaimanapun pelajar hanya layak menang satu daripada 3 hadiah yang disediakan.
Pertama : RM200 dan sijil
Kedua : RM150 dan sijil
Ketiga : RM100 dan sijil
Tarikh tutup : 1 Oktober 2011
Serah kepada: Puan Rusilawati Bt Mohd Salleh
Serah dalam bentuk softcopy dalam fail .psd (adobe photoshop) dlm CD atau Thumbdrive. Gambar yang diterima mungkin akan diarah untuk dimurnikan sehingga dapat gambar yang memuaskan.
Sertakan gambar sendiri berasingan untuk rekod fail (bersama softcopy kulit majalah).
Sila rujuk kulit majalah SINAR yang pernah diterbitkan.
06 July 2011
SUKAN SEKOLAH 2011
Tahun ini sukan sekolah telah diadakan di padang sekolah setelah lebih sedekad disambut di Padang Sultan Sulaiman, Klang. Ternyata kehebatan dan sambutan tetap hebat. Malah setiap ahli rumah dan guru penasihat penuh semangat berlumba untuk menjadi yang terbaik, bukan sahaja dalam acara yang dipertandingkan malah dari aspek perhiasan khemah, pakaian dan persembahan. Maskot pun unik belaka. Hebat, memang hebat. Syabas!!!

Acara Sukan Guru-Guru- Bola Beracun
Mana mau lari daa..........

Johan Permainan guru perempuan - Ustazah Siti Rohana
Johan Permainan guru lelaki - En Rosli Bin Kamari
SYAHBANDAR TETAP JUARA!
Moto yang menepati usaha gigih guru dan murid membuahkan hasil yang paling manis sebagai juara bertahan. Tahniah!
Subscribe to:
Posts (Atom)

























