15 October 2011

TEACH FOR MALAYSIA

Bertempat di Dewan Mutiara, SMK Tengku Idrish, Kapar , satu taklimat TEACH FOR MALAYSIA anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan.  Penasihat Pendidikan Khazanah Nasional dan Penasihat Teach For Malaysia, Dato' Hajah Noor Rezan Bt Bapoo Hashim telah hadir memeriahkan majlis yang disertai 3 buah sekolah yang terpilih bagi daerah Klang iaitu SMK Rantau Panjang, SMK Tengku Idrish Shah dan SMK Pendamaran Jaya.



Bersama Fellow TFM, Fredy Chan dan Chew Pei Jing


Tiga fellow akan ditempatkan di SMKRP selama dua tahun 2012-2013. Bagaimanapun hanya dua dari fellow ada bersama dalam majlis itu iaitu Fredy Chan (untuk subjek matematik) dan Chew Pei Jing (untuk subjek Sains). Seorang lagi fellow ialah untuk subjek bahasa inggeris.

Tiga guru juga telah dipilih dan telah dilatih di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland menjadi mentor. Pn Hjh Kamsiah (mentor Sains), Pn Rusilawati (mentor Matematik) dan Pn Umadevi (mentor Bahasa Inggeris).
SMKRP mengucapkan selamat datang dan syabas kepada Fredy dan Chew.  Selamat bertugas dan menjadi warga SMKRP.

No comments: