16 May 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Juruacara majlis rasmi
Bacaan Doa oleh wakil pelajar
Ucapan oleh Ketua Pelajar
Ucapan dari Pengerusi Kelab Guru Dan Kakitangan SMKRP, Pn Rusilawati Bt Mohd Salleh
Ucapan oleh YDP PIBG En Mat Jusoh Bin Salleh
Ucapan Perasmian oleh Pengetua, Pn Hjh Zaleha Bt Md Amin
Menyanyikan Lagu 'Guru Malaysia' dan "Guru Pembina Negara Bangsa'
Ikrar Guru diketuai oleh En Abu Hashim
Barisan guru-guru yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2009Salam Perpisahan dan hadiah kenangan untuk Tn Hj Hishamuddin Bin Sirat yang naik pangkat menjadi Penolong Kanan Petang SMK Telok Gadong, Klang
Memotong kek Hari Guru 2009
Cenderahati dari Kelab Guru dan Kakitangan kepada Pengetua
Juruacara persembahan Persembahan gamelan pimpinan Cikgu Saipul Bahri Bin Salim Persembahan nasyid
Persembahan tarian pelajar-pelajar
Persembahan drama "Ibu Mertuaku"
Persembahan dari Cikgu Ruzain. Terima kasih dari Pengerusi Kelab Guru.
Guru Lelaki Paling Popular (pagi), Encik Zulkifli Bin Esmon Guru Perempuan Paling Popular (pagi), Pn Artini Bt SabtuAksi jurugambar-jurugambar smkrp. Ada bakat!
Pertandingan masakan berasaskan puding dan agar-agar.Pertandingan menghias muffinPertandingan mengukir buah betik. Cikgu Ling dan Cikgu Kanafi tak segan-segan tunjuk bakat.Pertandingan menghias model. Pn Hjh Wajiha pun sporting ikut bertanding. Inilah gaya model-model yang telah dihias oleh guru-guru.Perlawanan bola jaring antara guru pagi dan petang. Guru petang berjaya menjadi juara. Sambutan Hari Guru 16 Mei 2009 (Semasa Kursus LADAP di dewan SMK RP)
TERIMA KASIH kepada Tn Hj Muner Bin Suandi (mantan Penolong Kanan Petang yang telah bersara) dan Jalilah Bt Hasan (anak Pn Hjh Wajiha) yang telah menghadiahkan kek kepada guru-guru sempena Hari Guru.

'GURU O GURU Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahka segala umat Seribu tahun katanya menjadi nikmat Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di ibu kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada Negara Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat
karya USMAN AWANG 1979
GURINDAM GURU RANTAU PANJANG Kalau tuan/puan mengajar dengan kesungguhan Maka murid tidak bersanggahan Kalau tuan/puan berwibawa Murid tidak menjadi hamba Jika tuan/puan meningkatkan ilmu Nescaya murid memburumu Jika tuan/puan kasih akan murid Itu tanda seorang musyid Kalau tuan/puan mengajar penuh dedikasi Insya Allah murid boleh berdikari Hendaknya tuan/puan ikhlas mengajar Pasti ilmu berjajar-jajar Sekiranya tuan/puan tidak mengira upah dan gaji Pahala amalan Allah dah janji Didoakan sekalian murid, walaupun dah mati.
nukilan DR MASHUDI BIN BAHARI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KUALA LUMPUR (sempena ceramah : Pedagogi Dalam Pendidikan di SMK Rantau Panjang 16 mei 2009)

1 comment:

MUHAMMAD.ZAHIRUDDIN BIN ABDULLAH/MAULA RAHAIRUDIN said...

selamat hari guru buat guru2ku dari pengetua hingga guru2 biasa...hapy teachers day