Bacaan Doa oleh wakil pelajar
Ikrar Guru diketuai oleh En Abu Hashim
Barisan guru-guru yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2009
Salam Perpisahan dan hadiah kenangan untuk Tn Hj Hishamuddin Bin Sirat yang naik pangkat menjadi Penolong Kanan Petang SMK Telok Gadong, Klang
TERIMA KASIH kepada Tn Hj Muner Bin Suandi (mantan Penolong Kanan Petang yang telah bersara) dan Jalilah Bt Hasan (anak Pn Hjh Wajiha) yang telah menghadiahkan kek kepada guru-guru sempena Hari Guru.
'GURU O GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahka segala umat
Seribu tahun katanya menjadi nikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada Negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
karya USMAN AWANG 1979
nukilan DR MASHUDI BIN BAHARI
INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KUALA LUMPUR
(sempena ceramah : Pedagogi Dalam Pendidikan di SMK Rantau Panjang 16 mei 2009)
1 comment:
selamat hari guru buat guru2ku dari pengetua hingga guru2 biasa...hapy teachers day
Post a Comment