21 September 2010

MAJLIS PERSARAAN PN HAJAH ZALEHA BT MD AMIN

Puan Hajjah Zaleha Bt Md Amin, Pengetua SMK Rantau Panjang, Klang telah mula bersara pada usia genap 56 tahun pada 14 september 2010. Majlis persaraan beliau telah diadakan hari ini dengan penuh meriah.

Puan Hajjah Zaleha  memulakan tugas tahun 1978 di SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor. Selepas itu beliau bertugas di SMK Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan, SMK Methodist Lelaki (Acs), Klang, Selangor, SMK (P) Raja Zarina, Pelabuhan Klang, Selangor,SMK Taman Klang Utama, Klang, Selangor, SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang dan terakhir di SMK Rantau Panjang, Klang. Selangor.

Meskipun baru dua tahun menabur bakti di SMK Rantau Panjang, namun kasih sayang dan keprihatinan warga SMK Rantau Panjang, telah memastikan majlis persaraan beliau dibuat dengan penuh makna dan pasti diingati. Beliau telah diarak dengan menggunakan beca yang dihias cantik, disandingkan di atas pelamin indah. Diberi hadiah dari warga sekolah (guru, staf dan pelajar). Akhirnya beliau diarak pulang menaiki kereta yang disediakan.





















Di rumah Pn Hajah Zaleha








Semoga Puan Hajah Zaleha tenang, bahagia di alam persaraan beliau di samping keluarga tercinta.

2 comments:

Anonymous said...

persaraan guru2 praktikal yg kami sygi xde??? even hya 3bulan kehadian mereka sgt menceriakan, kehilangn mereka sgt menyedihkan... mereka sgt2 lain dr guru2 prektikal sblm ni.. cikgu pian, najmi, khairiah, cikgu peter yg hensem, cikgu sha, and ustz hazwan...

we r love u soooo much... :(
~frm lovely student 3M~

Kelab Fotografi SMK Rantau Panjang Klang said...

terima kasih atas komen anda. Mereka diraikan dlm majlis kecil pada sabtu 25 sept lepas di bilik guru. Saya belum terima gmbr dr fotographer. Jika anda ada gmbr istimewa untuk didedikasikan kpd mereka sbg kenangan dan tanda t.kasih, sila emel ke bea0100_rusilawati7@yahoo.com