07 August 2010

SEMINAR PENULISAN KREATIF

 Panitia Bahasa Melayu SMK Rantau Panjang telah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini dengan tujuan mencungkil bakat penulisan di kalangan pelajar sebagai satu usaha alternatif pihak sekolah mempelbagaikan kaedah pengajaran hands-on.  Dengan menjemput penulis muda Ain Maisarah yang telah menghasilkan 14 buah novel remaja ini dalam tempoh hanya beberapa tahun, diharapkan pelajar melihat ia sebagai satu motivasi bagaimana minat boleh dikembangkan dan boleh menjadi kerjaya yang bukan sahaja menguntungkan malah dapat menjadi popular.  Pelajar bukan sahaja didedahkan bagaimana harus memupuk minat menjadi perkara yang serius untuk dilakukan, tetapi diberi panduan menulis yang baik, proses menghantar karya dan bagaimana pemasaran dilakukan. 

Ain Maisarah yang berkelulusan Jurusan Teaching English As A Second Language (TESL) dari Universiti Darul Iman, Terengganu (dulu dikenali sebagai KUSZA - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) telah membuktikan minat yang mendalam dan usaha yang gigih boleh menjadi kerjaya yang bukan sahaja menarik, mendatangkan pendapatan lumayan, bebas dan tidak terikat dengan waktu pejabat dan majikan. 

Semoga usaha Ain Maisarah yang bermula dengan novel pertama berjudul Aku Mahu Popular yang digemari remaja dan pelajar akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Pengurus beliau Encik Syaizul Amal yang gigih membawa Ain Masaisarah ke tahap ini harus dipuji kerana berjaya mencungkil bakat Ain Masairah.  Usaha membuat promosi ke sekolah-sekolah adalah usaha yang baik untuk mencari penulis-penulis muda yang berpotensi walaupun masih di sekolah menengah rendah. Amin.


Seusai seminar, pelajar diberi peluang menunjukkan bakat menulis cerita pendek untuk dibacakan di dalam bengkel.  Beberapa contoh yang baik telah dibacakan dan diulas dengan cukup bergaya dan menarik oleh Encik Rosli Bin Kamari yang memang telah dimaklumi selalu menghasilkan ucapan dan pantun dengan gaya bahasa yang memikat hati pendengar.


















Nak sign autograf ...

Hoh hoh hoh, Anak-anak Puan Hajjah Siti Ramlah pun jadi peminat Ain Maisarah jugak!


SESI BENGKEL PENULISAN KREATIF

No comments: