Program ini dijalankan setiap tahun sebagai salah satu aktiviti bulan bertema: SEKOLAHKU INDAH. Tahun ini pihak sekolah telah menerima sumbangan 200 pokok bunga dari Majlis Perbandaran Klang.
Warga SMKRP, AJK PIBG dan ibubapa telah bekerjasama menjayakan program ini. Program ini diharap dapat menyemai rasa tanggungjawab dan menyayangi sekolah. Selain itu, hubungan komuniti Kg Rantau Panjang dan pihak sekolah dapat dijalin dengan baik.
No comments:
Post a Comment