
Memulakan kerjaya perguruan di sekolah pertama SM Pulau Lumut pada 1981. 5 tahun kemudian beliau berpindah ke Sekolah Tinggi Klang dan berkhidmat di situ selama 10 tahun. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang Bahasa di SMK Meru pada 1996. Pada tahun tersebut, beliau telah disahkan mempunyai masalah buah pinggang tak berfungsi dan memohon pindah ke SMK Rantau Panjang yang dekat dengan rumah untuk memudahkan terapi penyakitnya dapat diurus dengan lebih mudah dan teratur. 
(sebelum berarak sempena Sambutan Hari Guru 2006)
Sepanjang di SMK Rantau Panjang, dari tahun 2000, beliau sentiasa menunjukkan sikap terpuji dan berkhidmat sebaik mungkin sehingga sukar dikesan yang beliau mempunyai masalah kesihatan. Beliau mengajar Bahasa Melayu tingkatan 3 dan 5. Beliau juga memimpin persatuan. Sehinggalah kesihatan beliau tidak membenarkan lagi beliau berkhidmat pada tahun 2008, dan pada tahun 2009 beliau telah memilih untuk bersara pilihan ketika usia mencecah 52 tahun.
Buat Cik Saidah, biarpun tidak lagi bersama warga SMKRP, jasamu kan dikenang... tetap terpahat dalam ingatan. Sebagai menghargai jasa, kelab guru dan kakitangan telah membuat majlis kecil meraikan persaraan beliau di Klang Executive Club pada 15 Ogos lalu.
4 comments:
Selamat bersara Cikgu Saidah. Cikgu Zaiton maintain muda, hehehe...
azuan,
cikgu2 yang kenal awak nak tahu di mana awak sekarang. Kerjaya ada kaitan dengan fotografi ke. Boleh bantu kelab buat program apa2
Sila emel ke bea0100_rusilawati7@yahoo.com
terime kasih cikgu saidah ... jasamu dikenang....
tq cikgu saidah untuk segalanya.. =D
-Nur Faezah
Post a Comment