19 March 2009

Bulan Sains dan Matematik 2009

Pada 2 Mac lalu, Bulan Sains dan Matematik 2009 telah dilancarkan oleh Pengetua, Pn Hjh Zaleha Bt Md Amin dan diikuti oleh siri ceramah 'Cabaran Belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris' yang objektifnya untuk menarik minat pelajar-pelajar supaya memilih jurusan sains bila melangkah ke tingkatan 4. Dan seterusnya memenuhi hasrat Wawasan 2020 yang mahu rakyatnya maju dalam bidang Sains dan Teknologi. Ceramah telah disampaikan oleh bekas pelajar cemerlang PMR 2000 yang kebetulan sedang pulang bercuti di Malaysia dan dijemput khas ke majlis ini, iaitu Muhammad Fakhrul Razi bin Mohamed Mokhtar yang sedang mengikuti ijazah Mechanical and Intelligence Machine Engineering di tahun akhir di Universiti Toyama, Jepun. video Antara aktiviti lain bulan bertema ini ialah Explorace Sains. membina Model Menara Berkembar Petronas Pertandingan membaling roket kertas Jawatankuasa bulan sains dan matematik berjaya mendapatkan tajaan dari MENARA OPTOMETRIS Sg Kapar Indah, Klang untuk 10 pelajar miskin atau pelajar cemerlang mendapatkan cermin mata percuma. Demonstrasi sains
Penutup Bulan Sains Dan Matematik

No comments: